Faker antara pemain e-sukan paling ikonik dan berjaya di dunia.
Dia antara pemain profesional League of Legends paling hebat pernah wujud dan pernah memenangi World Championship sebanyak tiga kali.
Sudah diketahui ramai, Faker adalah seseorang yang sangat mengambil serius mengenai kekalahannya.
Baru-baru ini T1 kalah dengan Gen.G di LCK dan stress yang ada di dalam diri Faker akhirnya meledak.
Selepas kalah dan melihat ulang tayang permainanya, Faker seperti marah dan terus menghentak kepalanya ke dinding berkali-kali sehingga perlu dihentikan oleh rakan seperjuangannya, Guma.
faker clip pic.twitter.com/OruuXlSh1m
— rcn (@rcn444222) August 3, 2024
Menjadi antara pemain terhebat dalam League of Legends nyata memberi stres yang sangat tinggi untuk dirinya.
Dia perlu sentiasa menjadi yang terbaik, sentiasa berada di atas dan dia mengekalkan perkara ini selama 10 tahun.
Sehinggalah satu kekalahan yang cukup membuat Faker stres dan meledak. Tindakan Faker ini merisaukan ramai peminat Faker dan League of Legends.
Setakat ini masih tidak apa-apa berita mengenai Faker samada dia akan berehat kerana masih terdapat dua lagi perlawanan untuk T1 harung untuk mendapatkan tempat ke Playoffs.
Buat masa ini ramai mengharapkan Faker menjaga dirinya sendiri terutamanya kesihatan mental dan emosi.