Falah dari AOV ke Mobile Legends? EVOS Legends mengacah salah seorang pemain

Setakat ini, EVOS Legends menjadi salah satu pasukan yang belum mengumumkan kesemua barisan pemain mereka, hanya mengacah beberapa orang pemain. Para peminat masih menantikan sang macan putih ini mendedahkan siapakah yang bakal mengisi kekosogan skuad utama Mobile Legends untuk musim kelapan.

Gilang “FALAH” adalah salah seorang pemain professional yang bermain di posisi midlaner untuk pasukan EVOS Legends divisi AOV. Corak permainan beliau cukup hebat dengan menggunakan strategi rotasi yang cepat untuk membantu rakan sepasukannya. Selain itu, hero yang digunakan beliau kebanyakkan adalah mage seperti Diao Chan.

Sejak divisyen itu dibubarkan, Falah mengambil keputusan untuk menukar permainan professionalnya dan mencuba nasib di Mobile Legends. Bertemakan 5v5 di dalam genre Moba, beliau tidak mengalami masalah untuk lulus ujian kemasukan skuad untuk Mobile Legends di dalam pasukan EVOS.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by EVOS ESPORTS (@evosesports)

Kemungkinan besar Falah akan berada di dalam skuad utama untuk mengisi posisi gold lane. Beliau menggunakan nama samaran di dalam permainan sebagai Rhapsody yang sering disebut berulang kali oleh netizen.

RELATED NEWS

+