Fall Guys akan tiba di Nintendo Switch pada musim panas tahun ini

Devolver Digital telah mengumumkan bahawa permainan terbitan mereka Fall Guys: Ultimate Knockout akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada musim panas tahun ini. Berita ini disampaikan semasa siaran langsung Nintendo Direct pagi ini.

Pada waktu ini, Mediatonic, pembangun Fall Guys, tidak menyatakan apa-apa ciri atau kandungan baharu versi Nintendo Switch berbanding versi PC dan PlayStation 4 (PS4) yang dilancarkan pada tahun lepas.

Walaubagaimanapun, ini adalah satu pengumuman yang sangat mengujakan kerana permainan seperti Fall Guys sempurna untuk konsol mudah alih seperti Nintendo Switch. Pelancaran ini juga akan meningkatkan jumlah pemain.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+