Fall Guys Musim 2 memperkenalkan kostum dan permainan bertemakan medieval

Mediatonic dan Devolver Digital mempertunjukkan sedikit kandungan baharu Fall Guys: Ultimate Knockout Musim 2 yang akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. Pendedahan ini dibuat di acara Gamescom Opening Night Live semalam.

Musim baharu ini akan menonjolkan kostum-kostum dan permainan-permainan bertemakan medieval seperti kostum naga dan kesatria serta peta permainan yang mempunyai unsur-unsur istana.

Jika anda masih belum mendapatkan semua kandungan musim pertama Fall Guys, jangan risau. Anda masih ada lebih kurang sebulan untuk mendapatkan kesemuanya.

Pada waktu ini, Fall Guys: Ultimate Knockout masih boleh ditebus secara percuma untuk PlayStation 4 (PS4) bagi pelanggan PlayStation Plus. Ia boleh dibeli untuk PC di Steam pada harga RM39.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+