Fall Guys: Ultimate Knockout cecah jualan melebihi 2 juta unit di PC

Devolver Digital telah mengumumkan bahawa jualan permainan video terbitan mereka Fall Guys: Ultimate Knockout kini telah mencecah lebih daripada 2 juta unit.

Perkara ini didedahkan melalui akaun Twitter rasmi Fall Guys di mana mereka juga berkongsi statistik lain seperti bilangan crowns yang telah dikumpul dan berapa jam permainan video tersebut telah ditonton di Twitch.

Nampaknya teknik pemasaran Devolver Digital untuk Fall Guys: Ultimate Knockout telah berhasil. Permainan video multi-pemain ini kini telah menjadi permainan video kegilaan ramai.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+