Fallout 3 versi RPG dikatakan akan ‘dihidupkan semula’

Pembangunan sebuah versi RPG isometrik Fallout 3 yang diberi kod nama “Van Buren” sudah dihentikan sebelum studio yang membangunkannya, Black Isle Studios dibubarkan pada 2003 berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat induk mereka, Interplay. 

Pada 2007 terdapat ketirisan dokumen yang mengandungi 700 muka surat rekaan dan demo teknikal Fallout 3.

Kini, pembangun permainan, Adam Lacko menyatakan sedang membangunkan semula projek itu dengan diberi nama Project Van Buren, berasaskan dokumen dan demo teknikal menggunakan enjin Unity sejak 2017. 

Bahkan projek itu dijalankan sendiri oleh Lacko bersama bimbingan bekas pekerja Black Isle. Lacko juga berkongsikan perkembangan projek Van Buren melalui akaun Twitternya.

“Sasaran Project Van Buren adalah untuk menangkap semula dan mengekalkan persembahan visual ini sehingga perincian yang paling kecil, terus mengikut apa yang diinginkan oleh pembikin asal,” katanya. 

Sumber: PC Gamer

RELATED NEWS

+