FAM dan Konami kini menjalinkan kerjasama untuk eFootball

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencipta fenomena tersendiri dengan menjalinkan kerjasama baharu bersama Konami eFootball.

Objektif jalinan kerjasama bersama salah satu syarikat multinasional hiburan dan permainan video Jepun ini adalah untuk menghubungkan bola sepak tradisional dengan dunia digital seterusnya membuka peluang baharu yang menarik bagi peminat Malaysia.

Hadir sama pada majlis pengumuman jalinan kerjasama FAM dan Konami eFootball di Hotel Sofitel, Damansara, Kuala Lumpur adalah kedua-dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ S. Sivasundaram serta Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman.

Buat julung-julung kalinya juga, skuad Harimau Malaya secara rasmi akan dipaparkan dalam eFootball di mana peminat kini boleh bermain sebagai pasukan kebangsaan mereka dengan pemain-pemain tempatan.

Apa yang lebih menarik lagi, Konami eFootball telah memperkenalkan kad status EPIC khas untuk legenda bola sepak Malaysia, Safee Sali, bagi meraikan sumbangan ikoniknya kepada sukan ini. Kad status EPIC, sebahagian daripada siri Harimau Malaya Stars, menonjolkan legasi beliau yang berkekalan dan menunjukkan komitmen kerjasama ini terhadap penghormatan terhadap kecemerlangan bola sepak Malaysia.

Dengan kerjasama ini, Konami dan FAM berhasrat untuk memberi inspirasi kepada generasi peminat dan pemain bola sepak yang seterusnya, meraikan tradisi bola sepak Malaysia yang kaya sambil memperkenalkan cara baharu untuk berhubung dengan permainan ini.

RELATED NEWS

+