Fantastic Four Bakal Menyertai Marvel Ultimate Alliance 3

Marvel Ultimate Alliance 3 (MUA3) merupakan judul terbaru dalam siri permainan Marvel Ultimate Alliance. Ia semestinya sebuah permainan yang popular dalam kalangan peminat adiwira buku komik Marvel.

Nintendo telah mengumumkan satu lagi pek kandungan tambahan (DLC) untuk permainan MUA3. Kali ini, kumpulan Fantastic Four akan dimasukkan ke dalam senarai adiwira permainan itu.

DLC ini bertajuk Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order DLC Pack 3 – Fantastic Four: Shadow of Doom. Ia akan dilancarkan pada 26 Mac 2020.

Empat watak baharu yang akan diperkenalkan melalui DLC ini adalah:

  • Mr. Fantastic
  • Invisible Woman
  • Human Torch
  • The Thing

Terdapat lima slot watak baharu dan slot terakhir kemungkinan akan diisi oleh musuh ketat Fantastic Four iaitu Dr. Doom.

Untuk memperoleh DLC ini, pemain perlu membeli expansion pass untuk MUA3. Malangnya, ia tidak dijual secara berasingan bersama DLC lain yang dilancarkan sebelum ini.

MUA3 kini boleh dibeli untuk Nintendo Switch dan DLC Fantastic Four: Shadow of Doom akan dilancarkan pada 26 Mac 2020.

Sumber: Nintendo

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+