Far Cry 6 akan dilancarkan di PC, PS5, PS4, Xbox One, dan Xbox Series X pada Februari 2021

Ubisoft  telah mengeluarkan trailer pertama Far Cry 6 dan mengumumkan bahawa ia akan dilancarkan pada 18 Februari 2021. Ia akan dilancarkan di PC, PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), Xbox One, Xbox Series X, dan Google Stadia.

Beberapa jam yang lalu, Ubisoft telah mengadakan livestream acara pembentangan digital Ubisoft Forward di mana mereka mempertunjukkan pelbagai permainan video baharu mereka termasuk Far Cry 6.

Trailer tersebut hanya menunjukkan sinematik yang mengandungi dua watak iaitu Anton Castillo (dilakonkan oleh Giancarlo Esposito) dan Diego Castillo. Permainan masih belum dipertunjukkan.

Dua-dua watak tersebut memainkan watak antagonis dan pemain akan bermain sebagai Dani Rojas, seorang pemberontak yang harus menghalang segala perancangan Anton dan Diego.

Untuk pra-tempah Far Cry 6, anda boleh melakukanya melalui laman web rasmi judul tersebut di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+