Farang dan Todak berjaya rampas posisi tiga terbaik, Geek Fam selesa di puncak liga

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Artikel ini ditulis oleh Firas Aliyan Idris

Dua jaguh Free Fire tempatan, Farang dan Todak dilihat dalam prestasi terbaik selepas merampas kedudukan tiga terbaik daripada K9 Esports dan Bloody Head. 

Pada aksi sebentar tadi, Todak muncul pasukan pertama yang meraih Booyah pada peta Bermuda selepas mencatatkan 16 mata singkir. 

Di samping itu, Farang juga merekodkan kejayaan lima Booyah iaitu yang tertinggi setakat ini. Pasukan itu sekali lagi berpeluang memanfaatkan lapan pusingan yang dimainkan kumpulan A selepas rombakan kumpulan dibuat pada hari kedua minggu kedua. 

Farang mendapatkan Booyah pertama pada pusingan keempat peta Alpine dengan catatan 15 mata singkir. 

Booyah seterusnya diperoleh menerusi penjagaan posisi dalam zon permainan yang mantap dan menyaksikan pasukan itu mengaut 21 mata singkir.

Setakat hari ini, Geek Fam masih lagi mendahului dengan pungutan 347 mata keseluruhan, Farang di tempat kedua dengan 290 mata dan diikuti Todak dengan mencatatkan 265 mata.

Walau bagaimanapun, mereka sepatutnya kekal konsisten dan tidak hilang fokus kerana pencabar terdekat, pasukan Anxiety mempunyai kelebihan empat pusingan yang akan dimainkan minggu hadapan.

Suatu perkembangan yang menarik juga ditonjolkan empat pasukan Malaysia yang lain iaitu Watchnlearn, Noxscape, Geek Fam dan Axis Esports selepas masing-masing berjaya mencatatkan satu Booyah pada hari kedua minggu kedua. 

Liga Siri Cabaran Free Fire musim kedua sudah tamat dua daripada tiga minggu yang dimainkan. Aksi minggu hadapan akan menentukan 12 pasukan teratas yang akan ke Grand Final pada 30 dan 31 Julai ini.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM130,000 dan penyertaan sebanyak 18 pasukan dari empat buah negara.

Jangan lupa saksikan aksi pasukan bertanding di Facebook/Youtube rasmi Garena Free Fire setiap Sabtu dan Ahad pada 2 hingga 31 Julai ini.

RELATED NEWS

+