Fatal Frame: Maiden of Black Water yang pernah menjadi eksklusif untuk Wii U pada tahun 2015 kini kembali dengan versi Switch dan PC.
Fatal Frame: Maiden of Black Water ini adalah yang kelima dalam francais Fatal Frame. Maiden of Black Water kali ini menceritakan mengenai sebuah gunung yang terkenal dengan kes bunuh diri dan fenomena supernatural.
Penceritaan dalam permainan video ini adalah dari perspektif tiga karakter yang boleh dimainkan. Hadir dengan gimik yang wajib untuk Fatal Frame iaitu menggunakan kamera untuk mengambil gambar hantu dan juga menghalau hantu.
Fatal Frame: Maiden of Black Water kini dilancarkan untuk konsol switch dan di PC.