FaZe Clan dilaporkan akan rombak barisan roster VALORANT

FaZe Clan kini dilaporkan dalam perancangan untuk merombak barisan roster VALORANT mereka, dikatakan mereka sedang berlatih bersama empat pemain baharu, menjelang musim baharu VALORANT Champions Tour 2022. 

Buat masa ini, FaZe Clan hanya dibarisi Andrej “babybay” Francisty dan Zachary “ZacharEEE” Lombardo sebagai pemain aktif mereka, selepas Corey Nigra yang dikatakan berpindah ke TSM.

Walaupun masih belum ditandatangi sebagai barisan baharu FaZe Clan, empat pemain itu ialah pemain pangkat Immortals Andrew “ShoT_UP” Orlowski, bekas pemain Luminosity Gaming YaBoiDre, Jake POACH Brumleve daripada Built by Gamers dan pemain Ghost Dajon “chase” Lopez.

Sebelum ini, FaZe Clan tewas di Stage 1 Master NA kepada Sentinel selain tidak berjaya untuk menempah tempat untuk layak ke Last Chance Qualifier dan Champions.

Mungkin ini adalah persediaan organisasi itu untuk menghadapi VALORANT Champions Tour 2022 yang akan dibimbing oleh jurulatih baharu mereka, seorang veteran CS:GO Josh “jdm64” Marzano.

Sumber: Upcomer. Dot Esports.

RELATED NEWS

+