Feekz ingin berehat, tidak bermain di MPL MY musim kelapan

Pemain Mobile Legends, Amirul Shafiq Mohd Amir (Feekz) dari Geek Fam tidak akan bermain untuk liga profesional (MPL MY) musim kelapan atas faktor ingin berehat dari arena kompetitif dan memfokuskan kepada penstriman langsung (livestreaming).

Ketika ditanya ringkas, jurulatih Geek Fam MLBB, Ariff Iswandi atau Amoux berkata, “Feekz minta untuk rehat,”.

Malah, fakta ini disokong apabila Feekz turut memuat naik beberapa foto pada 9 Jun lalu dengan kapsyen “The Last Ride”. Foto itu menunjukkan dirinya bertanding di MPL MY musim ketujuh.

Dalam satu video pengumuman lineup musim kelapan juga, tiada kelibat Feekz sama sekali.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Geek Fam Malaysia (@geekfammy)

Sepanjang kariernya, Feekz pernah membantu skuad itu memenangi MPL MY/SG musim ketiga selain beberapa siri kejohanan Mobile Legends lain.

Langkah ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pemain veteran lain contohnya Lemon dari RRQ Hoshi (Indonesia) juga memilih untuk berehat selepas lama bertanding di arena profesional.

RELATED NEWS

+