“Feekz sepatutnya berehat musim ini,” – Amoux

Kuala Lumpur: Amirul Syafiq Mohd Amir atau Feekz nampaknya tidak akan bermain untuk minggu akhir musim liga MPL MY S7 yang akan bermula Jumaat ini.

“Tidak. Feekz sepatutnya rehat musim ini. Jadi dia kekurangan latihan (selalu stream) tapi kalau pasukan perlukan dia, dia akan sentiasa ada untuk mereka,” kata jurulatih Geek Fam MY, Ariff Iswandi (Amoux) ketika dihubungi MyGameOn.

Tambah Amoux, pihaknya optimis dengan playoffs yang akan datang. Katanya, apa pun boleh terjadi.

“Di musim liga, ia sebenarnya untuk melihat apa corak permainan pasukan lawan berbanding menunjukkan strategi kami. Apabila kelemahan ini dikenalpasti, lebih banyak peluang untuk kami di playoffs.

“Bukan mustahil untuk menang liga dengan berada di ranking tengah-tengah (Geek S3) ataupun berada di di lower bracket dan memenangi liga (Reborn S2). Macam-macam boleh jadi,” katanya.

Amoux berkata, cabaran ditempuh untuk mencari lineup terbaik apabila kesemua pemain sebenarnya mempamerkan prestasi yang baik dan sukar mencari lima pemain terunggul.

“Yang bagusnya kesemua mereka adalah multi-role (semua pemain main lebih dari tiga peranan musim ini),” katanya.

Beliau juga mengakui pemain di Malaysia sudah ramai yang berbakat.

“Dengan penambahan Rippo bermain di MPL ID, pemain Malaysia lebih bersemangat bagi membuktikan keupayaan mereka bermain di liga peringkat tertinggi,” katanya.

Geek Fam akan bertarung dengan Homebois untuk minggu terakhir musim liga, Sabtu ini.

RELATED NEWS

+