FFWS: Dua pemain wanita warnai kemeriahan Siri Dunia Free Fire

Siri Dunia Free Fire (FFWS) Bangkok 2022 kali ini bakal dihangatkan dengan penyertaan dua pemain wanita.

Perkara ini seolah-seolah membuktikan tiada jurang  perbezaan jantina dalam kejohanan dunia di Free Fire.

Eypril Arrieta (Orellana) dan Almira Cailipan (Pipanda) adalah dua sosok yang bakal hadir di Siri Dunia Free Fire (FFWS) November ini.

Pemain Ignis Esports, Orellana bukanlah kali pertama dia bakal bermain di pentas tertinggi ini kerana pernah berentap di Siri Dunia Free Fire Sentosa lepas. Pasukannya meraih tempat ke-13 keseluruhan pada edisi lepas. 

Di samping itu, Pipanda bakal membuat debut pertama bagi pemain wanita pertama di rantau MCPS yang bakal bermain di FFWS. Tambahan, AV Radicals iaitu pasukan Filipina pertama ke pentas dunia juga bakal membuat kemunculan pertama. 

Siri Dunia Free Fire (FFWS) 2022 November bakal membuka tirai pada 25 November ini dan berakhir pada 26 Novmber. Kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM9.27 juta (AS$2 juta).

RELATED NEWS

+