Fiera Fendi dan Emi Mohamad kini duta Team Secret

Pengulas e-sukan, Emi Mohamad dan pengacara, Fiera Fendi kini sah menjadi duta Team Secret.

Pengumuman itu dibuat dalam satu hantaran Instagram sebentar tadi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Secret (@teamsecret)

Emi Mohamad dikenali dengan tagline “Rrrrrrrrataa!” dan dianggap sebagai pengulas berkaliber dalam arena PUBG Mobile apabila digandingkan dengan J Hunter dan OTG serta banyak membuat kemunculan di kejohanan besar PUBG Mobile.

Fiera Fendi pula adalah pengacara yang pernah menjadi duta Team Bosskurr sebelum ini selain sering dilihat menjadi hos di Liga Profesional MLBB (MPL).

Team Secret bagaimanapun tidak mengumumkan lanjut apa projek terbaharu akan dibuat bersama dua invididu ini.

Tunggu dan nantikan pengumuman baru dari @emimohamad1 dan @fierafendi kelak.

Foto: Team Secret

RELATED NEWS

+