FIFA bakal batalkan kontrak dengan EA – tiada lagi siri FIFA?

Selepas pembaharuan kontrak dan rakan kongsi, FIFA kini tidak mahu meneruskan kontrak eksklusif yang sudah lama dimonopoli oleh Electronic Arts (EA).

Kenyataan ini diberitahu oleh FIFA bahawa mereka mahu meneliti semula e-sukan dan industri permainan video.

“FIFA mahukan anjakan paradigma mengenai masa depan permainan video dan e-sukan bola sepak.

“Nyata, dengan hanya EA sahaja yang menjaga landskap permainan video bola sepak adalah tidak bagus kerana terhad dengan hanya sebuah syarikat,” tulis kenyataan itu.

FIFA kini mahu mencari syarikat lain bagi membantu dalam perjalanan ini dan bukan EA Sports sahaja.

Masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi dari EA mengenai situasi ini.

FIFA juga kini bekerjasama dengan pelbagai industri seperti pemain bola sepak, pelabur, pembina permainan video dan penganalis bagi membentuk jangka masa panjang untuk permainan video, e-sukan dan sektor hiburan.

Adakah FIFA selepas ini bakal menjadi FIFA E-Football?

Sumber: Hypebeast

RELATED NEWS

+