Filem aksi nyata anime Cells at Work! (Hataraku Saibo!) diumumkan.
Cells at Work! adalah anime dan manga yang menceritakan apa ‘sebenarnya’ berlaku dalam badan anda yang mempunyai lebih 37 trilion sel.
Kesemua sel-sel di dalam badan perlu bekerja untuk memastikan badan anda berfungsi dengan baik.
Dari Red Blood Cells yang membawa oksigen ke seluruh badan sehingga White Blood Cells yang berlawan dengan bakteria.
Ini cerita yang sebenarnya dalam badan anda.
Dua pelakon terkenal diperkenalkan iaitu Mei Nagano sebagai Red Blood Cell dan Takeru Satoh sebagai White Blood Cell.
Mei Nagano terkenal dengan lakonannya sebagai Rinko dalam My Love Story! dan Takeru Satoh terkenal sebagai Ryotaro Nogami Kamen Rider Den O dan Rorouni Kenshin.
Siri Cells at Work ditulis dan diilustrasikan oleh Akane Shimizu.
Filem ini dijangka akan ditayangkan pada Disember ini di Jepun.