Filem Interaktif Seakan Game, Black Mirror: Bandersnatch Menang Emmy Untuk Filem TV Terbaik

Black Mirror: Bandersnatch adalah sebuah filem interaktif Netflix yang mana korang boleh ‘main’ sambil menonton cerita yang ditayangkan menurut pilihan kita tersendiri.

Baru-baru ini, filem ini memenangi anugerah Emmy iaitu acara penghargaan berprestif televisyen untuk kategori Filem Television Terbaik.

Menurut penulis Black Mirror, Charlie Brooker mengucapkan terima kasih kepada anaknya dalam ucapan ketika menerima anugerah sambil bergurau, “Saya tidak akan mengehadkan masa untuk bermain game. Kalau saya berbuat demikian, maknanya saya ialah seorang hipokrit (kerana) ia membuahkan hasil.”

Tekan Yes atau No

Bandersnatch mengisahkan seorang pereka game (Fionn Whitehead dari filem Dunkirk) cuba untuk mencipta sebuah game berdasarkan buku “pilih pengembaraan anda sendiri” (choose-your-own-adventure) dan dibantu oleh pereka game popular (Will Poulter dari siri Maze Runner).

Apa yang menarik, korang boleh bermain filem ini selama dua hingga lima jam bergantung kepada pilihan korang daripada pilih bijiran untuk sarapan pagi sehinggalah pilih untuk selamatkan diri atau bunuh diri. 

Baca lagi: 3 Fakta Menarik Korang Patut Tahu Tentang Black Mirror: Bandersnatch

Ini bukan pertama kali Netflix menghasilkan filem atau episod TV interaktif tetapi Bandersnatch adalah filem interaktif pertama dipasarkan untuk penonton dewasa. Sebelum ini, mekanik penceritaan interaktif ini diterapkan dalam rancangan kanak-kanak seperti siri TV Minecraft: Story Mode dan Puss in Boots: Trapped in Epic Tale serta paling terbaru, You vs Wild iaitu sebuah filem pengembaraan interaktif bersama Bear Grylls.

Adakah penghargaan sebegini akan merancakkan lagi filem atau episod interaktif di Netflix atau saluran lain? Apa pendapat korang? Kongsikan bersama kami di laman sosial MyGameOn.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+