Filem Resident Evil reboot terima poster baharu, akan ditayangkan 3 September ini

Reboot bagi filem Resident Evil akhirnya menerima poster baharu yang mana pelakon Chad Rook berkongsi tentangnya.

Beliau yang akan melakonkan sebagai Richard Aiken berkongsi di Twitter miliknya.

Seperti yang dilihat, poster itu menyertakan nama-nama watak terkenal seperti Chris Redfield, Jill Valentine, Leon S. Kennedy dan ramai lagi.

Claire dan Chris masing-masing akan dibintangi oleh Kaya Scodelario dan Robbie Amell manakala watak Jill akan dilakonkan oleh Hannah John-Kamen.

Filem ini akan ditayangkan pada 3 September ini.

RELATED NEWS

+