Filem Sonic the Hedgehog 2 akan tiba pada 8 April 2022

Paramount Pictures telah mengumumkan filem Sonic the Hedgehog 2. Perkara ini diumumkan melalui sebuah trailer acah yang hanya mendedahkan tajuk dan tarikh pelancaran filem tersebut.

Satu pemerhatian yang boleh dibuat melalui trailer ini ialah watak Miles “Tails” Prower mungkin akan menjadi salah seorang watak utama filem tersebut. Dalam filem pertama, dia hanya muncul di saat terakhir.

Penulis sendiri teruja untuk menonton filem ini kerana filem Sonic the Hedgehog yang pertama agak menghiburkan, terutamanya untuk kanak-kanak. Anda boleh membaca ulasan penuh MyGameOn tentang filem tersebut di sini.

Penulis juga berharap pandemik COVID-19 dapat ditangani dengan baik pada tahun ini agar kita berpeluang menonton filem ini dan filem-filem lain di pawagam pada tahun depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+