Filem The Division Di Netflix Akan Membintangi Jake Gyllenhaal Dan Jessica Chastain

Adaptasi filem bagi permainan Ubisoft yang laris iaitu The Division diumumkan akan hadir ke Netflix selepas 3 tahun.

Ia pada mulanya dah lama dikhabarkan sejak 2016 dengan Jake Gyllenhaal sebagai watak utama dan juga sebagai produser. Jessica Chastain pula sertai tak lama selepas itu. Projek itu juga menemukan pengarah dan juga screenwriter Stephen Gaghan sebelum bertukar tangan ke David Leitch (Deadpool 2) dengan skrip dari Rafe Judkins (Agents of SHIELD). Bagaimanapun akhirnya ia akan hadir ke Netflix.

The Division adalah IP terbaru yang paling laris dalam sejarah permainan video.

Sedikit mengenai plot filem itu ia menceritakan mengenai virus berbahaya yang merebak, memusnahkan bandar New York dan membunuh berjuta manusia. Sekumpulan orang awam yang dilatih untuk beroperasi dalam situasi akhir zaman ini akan bertindak untuk selamatkan apa yang tertinggal.

Tiada tarikh rasmi diumumkan bila filem ini akan memasuki fasa production atau dilancarkan di Netflix.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+