siri Final Fantasy klasik popular ke Nintendo Switch dan platform lain ketika satu pembentangan online Nintendo Direct pagi tadi."> siri Final Fantasy klasik popular ke Nintendo Switch dan platform lain ketika satu pembentangan online Nintendo Direct pagi tadi." /> siri Final Fantasy klasik popular ke Nintendo Switch dan platform lain ketika satu pembentangan online Nintendo Direct pagi tadi." />

Final Fantasy 7, Final Fantasy 9, Final Fantasy 10 Dan Banyak Lagi Game Klasik Akan Keluar Di Nintendo Switch Dan Xbox One

Setelah sekian lama, Square Enix mengumumkan siri Final Fantasy klasik popular ke Nintendo Switch dan platform lain ketika satu pembentangan online Nintendo Direct pagi tadi.

Ini merupakan satu kemasukan paling bermakna ke era moden Nintendo bagi Square Enix kerana syarikat Jepun pernah melancarkan beberapa game Final Fantasy bagi platform Nintendo terdahulu sebelum berpindah ke platform PlayStation 1 dan seterusnya.

Kali terakhir Square Enix melancarkan game Final Fantasy di sistem Nintendo adalah Final Fantasy 6 untuk Super NES pada tahun 1994.

Final Fantasy 7, Final Fantasy 9, Final Fantasy 10 (termasuk 10.2 HD remaster) dan Final Fantasy 12 The Zodiac Age akan dikeluarkan di Nintendo eShop pada tahun 2019. Sayang sekali, Final Fantasy 8 tidak termasuk dalam senarai game klasik Final Fantasy untuk platform moden.

Buat masa sekarang, pemilik Nintendo Switch boleh dapatkan Final Fantasy XV: Pocket Edition sekarang. Selain itu, World of Final Fantasy: Maxima akan datang pada November ini.

Turut serta dalam pengumuman siri klasik Final Fantasy adalah Chocobo’s Mystery Dungeon dan juga Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered bakal datang pada November-Disember.

Bukan itu sahaja, kesemua siri Final Fantasy klasik yang disenaraikan di atas bakal keluar di Xbox One, PlayStation 4 dan juga Steam (PC)

Setakat ini, kami tidak mempunyai tarikh pelancaran sebenar bagi siri Final Fantasy klasik untuk Switch, Xbox One, PS4 dan PC tapi sebagai peminat game RPG yang tidak pernah main siri klasik keluaran Square Enix ini, saya amat teruja untuk bermain game-game Final Fantasy popular ini kerana ia masih lagi meniti di bibir peminat sehingga sekarang.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+