(RASMI) Final Fantasy 7 Remake 1st Class Edition & Deluxe Edition Sah Tiba Di Malaysia

Peminat Final Fantasy tentunya tidak sabar untuk bermain Final Fantasy 7 Remake yang akan tiba pada Mac tahun depan.

Square Enix mengumumkan keluaran fizikal Final Fantasy 7 Remake untuk versi Deluxe Edition dan 1st Class Edition sah tiba di Malaysia. 

Final Fantasy 7 Remake Deluxe Edition akan dilancarkan dengan harga RM339 dan korang boleh lihat butirannya di bawah:

  • Final Fantasy 7 Remake
  • Pakej Deluxe Edition
  • Steelbook Case Sephiroth
  • CD Mini-Soundtrack
  • Hardback Artbook
  • Bonus: DLC Summon Materia “Cactuar”

Final Fantasy 7 Remake 1st Class Edition pula lebih istimewa dengan patung aksi Cloud dan motorsikalnya dengan harga berdesup, RM1439! Berikut adalah butirannya:

  • Final Fantasy 7 Remake
  • Kesemua kandungan Deluxe Edition (seperti di atas)
  • Set kotak Play Arts Kai Cloud Strife & Hardy Daytona

1st Class Edition didatangkan bersama patung aksi bersaiz besar maka ini menjadikan versi ini akan dipasarkan dalam kuantiti yang terhad.

Bagi mereka yang membuat pra-tempahan untuk mana-mana versi, korang akan menerima DLC Summon Materia “Chocobo Chick” manakala pra-tempahan untuk versi digital di PlayStation Store bakal menerima PlayStation 4 Dynamic Theme.

Final Fantasy 7 Remake bakal hadir pada 3 Mac 2020 di PS4.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+