Final Fantasy: Brave Exvius ditutup selepas 9 tahun

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Square Enix pada awal bulan lepas mengumumkan mereka akan menutup Final Fantasy: Brave Exvius dan hari terakhir permainan itu adalah pada 30 Oktober lepas.

Final Fantasy: Brave Exvius adalah permainan video gacha genre RPG dengan sistem turn-based seperti Final Fantasy lama tetapi dengan grafik baharu moden.

Permainan ini menceritakan Rain dan Lasswell yang mengembara selepas berjumpa dengan Fina seorang wanita yang terperangkap di dalam kristal magik.

Final Fantasy: Brave Exvius banyak menarik minat ramai orang dan juga peminat Final Fantasy kerana anda boleh menggunakan karakter-karakter dari francais Final Fantasy yang lain seperti Cloud, Lightning, Sephiroth dan lain-lain.

Menurut Square Enix, keputusan ini bukan mudah dan ia sudah menjadi sangat sukar untuk memastikan permainan mudah alih ini boleh berjalan seperti biasa.

Foto: AppMagic/PocketGamer.biz

Menurut statistik dari AppMagic, Brave Exvius berjaya menerima hasil sehingga AS$896.3 juta (RM3.9 bilion) sejak pelancaranya 9 tahun dahulu.

Permainan gacha ini pernah menjadi antara gacha paling terkenal satu dunia beberapa tahun dahulu.

Foto: Square Enix

Keputusan ini dibuat selepas penutupan Dissidia Final Fantasy: Opera Omnia awal tahun ini dan Final Fantasy VII: The First Soldier pada Januari tahun lepas.

RELATED NEWS

+