Final Fantasy NT Dissidia Bakal Percuma Dimainkan Di PC & PS4

Final Fantasy NT Dissidia adalah sebuah game fighting dengan sedikit elemen aksi role-playing game (RPG) dibangunkan oleh Square Enix yang dilancarkan pada Januari tahun lepas di PS4. Game ini membolehkan pemain memilih karakter-karakter terkenal dalam siri Final Fantasy dan bertempur dalam kumpulan 3v3.

Final Fantasy NT Dissidia adalah game pertama dilancarkan di konsol PS4 kerana sebelum ini, siri Dissidia hanya boleh dimainkan di PlayStation Portable (PSP). Namun, kehadiran game ini ke konsol moden mendapat reaksi suam-suam kuku dalam kalangan pemain.

Saya turut merasakan demikian walaupun game ini mempunyai mod jalan cerita tetapi Final Fantasy NT Dissidia tidak mempunyai cukup pemain untuk main multiplayer. Saya terpaksa menunggu sehingga 30 minit untuk menunggu pemain lain sertai match.

Oleh itu, Square Enix memberikan nafas baru dengan menukarkan Final Fantasy NT Dissidia kepada Final Fantasy NT Dissidia Free Edition. Ya, korang boleh main game ini tanpa mengeluarkan wang.

Game ini turut cross-compatible dengan game sebenar, jadi jangan risau dengan penyertaan pemain. Perbezaan antara game percuma dengan game sebenar adalah terdapat pertukaran senarai karakter boleh dipilih pada setiap minggu.

Walaupun game sebenar Final Fantasy NT Dissidia tidak dilancarkan di PC, Final Fantasy NT Dissidia Free Edition akan hadir di PC (Steam) buat kali pertama dan turut hadir di PS4 pada 12 Mac 2019.

Sumber: Game Informer

RELATED NEWS

+