Final Fantasy VII Remake Intergrade akan tiba di PC tahun ini

Square Enix mengambil pentas The Game Awards malam ini mengumumkan bahawa permainan Final Fantasy VII Remake Intergrade akan dibawa ke PC pada 16 Disember ini. 

Buat masa ini, Final Fantasy VII Remake akan tiba di PC melalui Epic Games Store sahaja. 

Versi ini akan menawarkan beberapa penambahbaikan pada aspek visual dan grafik, serta penambahan kempen cerita yang memfokuskan pada Yuffie. 

Final Fantasy VII Remake Intergrade sebelum ini dilancarkan untuk PS4 pada 2020, sebelum ia dilancarkan untuk PS5 pada Jun tahun ini.

Sumber: Kotaku

RELATED NEWS

+