Final Fantasy VII Remake Kini Boleh Dimuat Turun

Pada 10 April 2020, Square Enix akan melancarkan Final Fantasy VII Remake di PlayStation 4 (PS4). Ia merupakan antara permainan video yang paling dinanti-nantikan tahun ini.

Bagi anda yang telah membeli versi digital Final Fantasy VII Remake, anda kini boleh mula muat turun keseluruhan fail permainan video tersebut. Pastikan anda mempunyai ruangan yang secukupnya kerana ia bersaiz sekitar 100GB.

Disebabkan saiz fail yang begitu besar, Square Enix mengambil langkah yang bijak dalam membenarkan judul ini untuk dimuat turun sebelum pelancaran. Ia memberikan peluang kepada mereka yang mempunyai sambungan internet yang tidak begitu pantas untuk dapat main Final Fantasy VII Remake pada hari pelancaran.

Selepas anda selesai memuat turun semua fail tersebut, anda hanya boleh main apabila judul tersebut dilancarkan secara rasminya iaitu pada 10 April 2020.

Pada waktu ini, Final Fantasy VII Remake dilancarkan secara eksklusif untuk PS4. Tempoh eksklusif tersebut akan tamat pada 10 April 2021 dan kemungkinan besar ia akan dilancarkan untuk PC dan Xbox One pula.

Sumber: IGN

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+