Final Fantasy VII: The First Soldier akan dilancarkan di iOS dan Android pada November

Permainan genre battle royale bertemakan Final Fantasy yang berjudul Final Fantasy VII: The First Soldier akan dilancarkan pada bulan November 2021, menurut penerbit Tetsuya Nomura.

Tarikh pelancaran permainan mudah alih buatan Square Enix ini didedahkan semasa livestreaming khas semasa Tokyo Game Show pada hari Ahad. Pra-pendaftaran pula akan dibuka sekitar akhir bulan Oktober.

Cuba lihat video trailer di bawah yang ditayangkan sewaktu Tokyo Game Show baru-baru ini.

Beberapa ciri-ciri penting juga sudah disahkan oleh Square Enix. Antaranya adalah sokongan penggunaan alat pengawal seperti DualShock 4 atau DualSense dan anda boleh menyambungkan telefon anda ke monitor atau televisyen dan terasa seperti anda bermain di konsol.

Selain itu, Square Enix juga mengesahkan bahawa bahagian tutorial sudah dipermudahkan dan dibahagikan kepada dua bahagian: bahagian pertama menerangkan kawalan asas permainan manakala bahagian kedua menerangkan peraturan permainan dan aliran permainan. Ciri koleksi dari sesi beta permainan juga ditambahkan. Sistem ini membenarkan pemain mengumpul sejenis barang dari mod permainan dan menukarkannya dengan item yang akan berubah mengikut musim.

Selain itu, video ini juga mendedahkan beberapa gaya atau ‘styles’ yang boleh dimainkan. Gaya permainan ini menyerupai sistem kelas yang wujud dalam RPG tradisional dan akan menjadikan permainan lebih dinamik dan membenarkan pemain mencuba pelbagai cara permainan yang berbeza-beza mengikut kesuaian masing-masing.

Pra-pendaftaran akan dibuka sekitar hujung bulan Oktober dan Final Fantasy VII: The First Soldier akan dilancarkan pada pelantar iOS dan Android pada bulan November ini.

RELATED NEWS

+