Final Fantasy X / X-2 & Final Fantasy XII Bakal Dilancarkan Di Nintendo Switch Pada April 2019

Senarai game klasik Final Fantasy bakal membangkitkan kembali nostalgia korang khususnya kepada pengguna Nintendo Switch.

BANDAI NAMCO Entertainment Asia mengumumkan siri role-playing game (RPG) popular, Final Fantasy X / X-2 HD Remaster dan Final Fantasy XII The Zodiac Age akan menemui peminat di Asia Tenggara pada bulan April ini.

Ini adalah titik permulaan pertama untuk melancarkan game Final Fantasy klasik  selepas diumumkan oleh Square Enix semasa persidangan Nintendo Direct pada September 2018. Kali terakhir Square Enix melancarkan game Final Fantasy di sistem Nintendo adalah Final Fantasy 6 untuk Super NES pada tahun 1994.

Yuna dan Tidus dalam Final Fantasy X

Final Fantasy X / X-2 HD Remaster mengandungi Final Fantasy X mengisahkan seorang atlet bernama Tidus jatuh cinta dengan Yuna ketika dalam perjalananan untuk menyelamatkan dunia Spira. Sekuelnya, Final Fantasy X – 2 mengambil masa 2 tahun ke hadapan dan mengikuti Yuna, Rikku dan Paine untuk membongkar rahsia tersembunyi dan mengatasi musuh-musuh mencabar.

Rikku, Yuna dan Paine dalam Final Fantasy X-2

Final Fantasy XIII The Zodiac Age memperkenalkan pemain Ashe iaitu satu-satunya waris kepada takhta Dalmascan yang tersepit antara peperangan dua kerajaan: Archadia dan Rozarria dan membentuk satu kumpulan untuk membebaskan tempat tinggalnya. Segalanya berubah apabila Ashe bertemu dengan Vaan, seorang pencuri dan rakyat biasa yang mengimpikan kehidupan aman tetapi pengembaran mereka bersama akan menukar takdir dunia mereka.

Final Fantasy XII The Zodiac Age

Final Fantasy X/X-2 HD Remaster bakal dilancarkan pada 11 April 2o19 manakala Final Fantasy XII The Zodiac Age pada 25 April 2019 di Nintendo Switch.

RELATED NEWS

+