Final Fantasy XIV Mobile diumumkan!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Syarikat di bawah Tencent Games, LightSpeed Studios dengan kerjasama Square Enix mengumumkan Final Fantasy XIV Mobile.

Permainan mudah alih ini akan dilancarkan untuk iOS dan Android dan akan diselia oleh Penerbit dan Pengarah FFXIV iaitu Naoki Yoshida.

Sudah 11 tahun cerita FFXIV 2.0 Realm Reborn dilancarkan dan versi ini akan mengimbau kembali penceritaan asal dan mekanik berlawan di peranti mudah alih.

Foto: Square Enix

Beberapa fungsi bukan berlawan juga akan hadir seperti memancing dan aktiviti Golden Saucer, perlumbaan chocobo dan lain-lain.

Square Enix akan melancarkan FFXIV Mobile di seluruh dunia selepa tamatnya fasa ujian bermain yang hanya tersedia untuk pemain di China sahaja.

Setakat ini masih belum ada lagi tarikh rasmi bagi pelancaran Final Fantasy XIV Mobile

RELATED NEWS

+