Fnatic Ingin Menubuhkan Skuad Apex Legends – Daftar Sekarang!

Apex Legends menjadi fenomena di seluruh dunia apabila berjaya mengumpulkan lebih 25 juta pemain dalam masa seminggu saja.

Melihat kepada trend ini yang kian berkembang, organisasi e-sukan Eropah, Fnatic juga tak melepaskan peluang untuk turut serta dalam hype-train ini. Untuk pengetahuan, Fnatic terkenal dengan skuad CS:GO, Dota 2, Fortnite dan banyak lagi.

Melalui posting di Facebook, Fnatic ingin menubuhkan skuad Apex Legends baru dan sudah pun membuka pendaftaran kepada semua pemain tanpa mengira negara.

Korang boleh mula mendaftar di SINI untuk cuba buktikan kehebatan masing-masing. Pastinya pemilihan ini dilakukan berdasarkan kelayakan dan prestasi yang mungkin akan dipantau oleh organisasi ini. Malah, dalam borang pendaftaran ini juga diminta untuk sertakan berapa jumlah followers di platform media sosial (ini bermakna mereka mungkin juga ingin pemain sepenuh masa ini untuk stream di platform seperti Twitch atau Facebook).

Jadi kalau korang rasa dah cukup komited untuk jadi pemain sepenuh masa, bolehlah cuba nasib! Mana tahu terpilih kan?

Buat masa ini, Fnatic belum umumkan skuad ini akan bermain atau bertempat di rantau mana kerana pendaftaran masih terbuka untuk semua negara.

RELATED NEWS

+