Syarikat e-sukan dari London Fnatic melaporkan mereka telah menarik diri dari pasukan Mobile Legends: Bang Bang ONIC.
Pengumuman ini dibuat pada 4 Januari lepas.
Kolaborasi ini telah bermula pada Mei 2024 dan telah mendapat banyak kejayaan dalam e-sukan MLBB.
Kesemua pemain masih akan bermain tetapi hanya ONIC ID dan ONIC PH.
Setakat ini, sebab penarikan ini masih belum diumumkan oleh kedua-dua pihak.
2 Trophies. 1 World Championship.
Our partnership with ONIC has been nothing short of memorable. As it draws to a close, we want to thank the amazing team at ONIC for making this partnership and our first entrance into ML:BB so unforgettable. #ThankYouONIC pic.twitter.com/nsUxRnZENT
— FNATIC (@FNATIC) January 4, 2025
ONIC juga ada membuat pengumuman ini di laman rasmi Facebook mereka.
Kerjasama ONIC Esports dan Fnatic adalah pendek; tetapi impak mereka kepada peminat dan MLBB adalah besar terutama buat ekosistem MLBB Indonesia.
Kedua-dua pasukan Fnatic ONIC PH dan Fnatic ONIC ID telah mendapat banyak kejayaan di mana Fnatic ONIC ID juga berjaya menjadi juara MPL Indonesia Musim ke-13.
Kejayaan mereka di M6 juga sangat membanggakan.
Selepas ini hanya ONIC PH dan ONIC ID yang tinggal, tiada lagi Fnatic.