Foodpanda bawa Tealive di dunia pasca apokaliptik LifeAfter

Tealive kali ini mengumumkan kerjasama mereka bersama Foodpanda ‘membawa’ minuman boba mereka ke dalam dunia permainan bertemakan pasca apokaliptik, LifeAfter.

Menerusi kerjasama ini yang bermula semalam, pihak Tealive akan membawakan minuman bertema boba dan kombo Mix-Eats dihantar melalui perkhidmatan Foodpanda ke dalam dunia permainan ini sebagai makanan untuk memulihkan kekuatan pemain dan memberikan keupayaan istimewa. 

Selain itu, kerjasama ini juga menawarkan ganjaran kepada pemain-pemain LifeAfter dengan menawarkan kod promosi istimewa di kedai-kedai Tealive secara eksklusif melalui platform Foodpanda. 

“Tealive sentiasa berusaha untuk menyebarkan rasa cinta teh di seluruh dunia,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo.

“Jadi, kerjasama ini merupakan kesinambungan menggembirakan yang membolehkan kami menjangkau ke alam dunia permainan dalam talian dan kami berasa seronok kerana diberi peluang untuk menyampaikan peluang perkhidmatan kepada pemain LifeAfter secara dalam talian mahupun diluar talian,”

Tealive juga bekerjasama bersama LifeAfter dengan melancarkan Kombo Tealive x LifeAfter bermula 11 November hingga 31 Disember ini.

Bahkan, pemain juga berpeluang untuk memenangi baucar dengan hanya log masuk DI SINI menggunakan akaun Facebook. Main dan menangi kod hadiah LifeAfter dan baucar Tealive x Foodpanda. 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini sila layari laman sosial mereka:

LifeAfter

Laman Rasmi

Facebook LifeAfter

Tealive

Facebook Tealive

Instagram Tealive

Foodpanda

Facebook Foodpanda

Instagram Foodpanda

RELATED NEWS

+