Format Legends of Runeterra World Championship 2021 diumumkan, menawarkan prize pool RM830,000

Riot Games pada April lalu mengumumkan akan mengadakan kejohanan dunia bagi permainan kad mereka, Legends of Runeterra. Kini mereka mengumumkan Legends of Runeterra World Championship 2021 akan diadakan pada tahun ini. 

Kejohanan itu akan diadakan bermula 16 September hingga 18 September. 

Peserta yang akan bertanding dipilih daripada 256 pemain terbaik daripada Asia, SEA, Eropah dan Amerika di pusingan kelayakan World Championship Qualifiers yang diadakan pada 4 September hingga 5 September. Daripada kesemua peserta, hanya 16 yang layak untuk bertanding di World Championship.

Kejohanan akan berlangsung di dalam dua peringkat iaitu peringkat kumpulan dan playoff.

Bagi peringkat kumpulan, 16 peserta ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan akan bersaing menggunakan format round-robin. Dua pemain terbaik daripada setiap pasukan akan layak untuk ke pusingan playoff. 

Kejohanan ini menawarkan prize pool sehingga RM830,000. Namun, buat masa ini tiada perincian mengenai pembahagian hadiah buat peserta. 

Kejohanan ini akan ditayangkan di saluran Twitch dan YouTube Legends of Runeterra. Untuk maklumat lanjut layari SINI

Bagi anda yang tidak tahu, Legends of Runeterra dilancarkan pada April 2020, merupakan permainan kad yang boleh dikumpul. Permainan ini boleh dimuat turun secara percuma di platform Android dan iOS.

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+