Format Standard di Magic: The Gathering akan dirombak

Baru-baru ini, pemilik permainan kad terkenal, Wizard of The Coast (WoTC) mengumumkan bahawa format Standard di Magic: The Gathering (MTG) akan dirombak serta-merta.

Format Standard adalah salah satu daripada pelbagai format di MTG dan ia dimainkan oleh ramai pemain.

Ini kerana format itu banyak dimainkan secara kompetitif dan hanya memerlukan 60 kad untuk bermain dengan lawan masing-masing.

Namun, format itu kini tidak mendapat sambutan yang hangat kerana ia adalah salah satu format yang sering melakukan rotasi Standard (Standard Rotation) di mana setiap set itu tidak boleh dimainkan selepas dua tahun.

Ini nenyebabkan pemain banyak menghabiskan duit membeli kad di set baharu. Bukan itu sahaja, format seperti Commander yang semakin popular itu turut menjadi salah satu faktor orang tidak bermain format itu.

Tambahan pula, format seperti Pioneer dan Modern yang membolehkan pemain menggunakan set lama menyebabkan pemain veteran untuk bermain format itu.

Untuk menyelamatkannya, WoTC di dalam satu kenyataan menyatakan bahawa mereka akan lakukan rotasi set setiap tiga tahun berbanding dua.

Ini bermakna, set seperti Innistrad: Crimson Vow, Innistrad: Midnight Hunt, Kamigawa: Neon Dynasty dan Streets of New Capenna boleh dimainkan selepas set baharu, Wilds of Eldraine.

Salah satu sebab mereka lakukan pertukaran format ini disebabkan ia dapat membantu kad yang berada di dalam format Standard untuk dimainkan dengan lebih lama bermakna ia boleh digunakan untuk tempoh masa yang lebih lama berbanding dahulu.

Kedua, ia memberikan archetype serta mekanik lebih efektif dengan pertambahan kad dari set akan datang.

Akhir sekali, ia dapat memberikan pemain untuk mencipta meta serta dek baharu dengan warna serta mekanik yang banyak.

WoTC turut menambah bahawa langkah seterusnya masih dalam perancangan dan berharap bahawa format ini boleh kembali ke zaman kegemilangannya seperti satu ketika dahalu.

Foto: The Verge

RELATED NEWS

+