Fortnite akan hadir ke PlayStation 5 dan Xbox Series X pada hari pelancaran

Fortnite akan hadir ke konsol generasi seterusnya iaitu Microsoft Xbox Series X dan PlayStation 5 tak lama lagi tahun ini seperti diumumkan Epic Games.

Dalam pengumum sama, Epic juga mendedahkan Unreal Engine 5, enjin permainan terbaru dikhususkan untuk konsol generasi akan datang.

“Epic akan melancarkan Fortnite dengan enjin UE4 di konsol generasi seterusnya dan akan migrasi ke UE5 pada pertengahan 2021 ini,” kata Epic dalam satu blogpost hari ini.

Dalam pada itu, semua progress dan pembelian akan dibawa ke depan dan ia juga menyokong fungsi cross-play.

Bagaimanapun, Epic masih belum umum berapa kadar frame untuk konsol dan benchmark grafik yang ingin disasarkan. Tapi mereka menjanjikan Fortnite boleh dimainkan di kebanyakan platform dan peranti dan lebih lancar tidak kira di mana platform ia dimainkan.

Epic juga mengatakan ia bukan versi Fortnite yang terbaru tapi kekal sama dengan penambahbaikan sesuai dengan platform dimainkan.

Sumber: TheVerge

RELATED NEWS

+