Fortnite Mobile Beri Peringatan Kepada Pelajar Untuk Tak Bermain Game Itu Dalam Kelas

Dulu bercakap dalam kelas sampai kena marah. Ni main Fortnite Mobile pula kena marah dengan cikgu. Mana taknya, sekolah tempat kita belajar!

Pesanan itu untuk pelajar yang kantoi main Fortnite Battle Royale dalam kelas. Kita sendiri tahu game ini dah popular di serata dunia dan boleh diakses di mana-mana. Tak perlu PC pun.

Tapi bagi guru sekolah terutamanya di Amerika Syarikat, perkara ini merisaukan mereka. Ya lah, pelajar dibenarkan bawa telefon pintar ke sekolah. Lain lah kalau di Malaysia, mesti kena rampas!

Epic Games dengan itu melancarkan loadsing screen yang tertera dengan pesanan “Mr. Hillman says stop playing in class,” Mesti ada tertanya, siapa Mr. Hillman? Well, kalau korang perasan dalam satu post Reddit, Hillman adalah seorang guru sekolah yang dah lali dengan perangai anak muridnya bermain Fortnite Mobile ketika waktu belajar.

Jadi dia meminta Epic Games untuk masukkan pesanan itu sebagai peringatan bukan saja kepada anak muridnya tapi kepada semua. Nampaknya Epic Games boleh bergurau dengan mesej itu kerana pihak mereka sebenarnya aktif dalam forum Reddit.

Tapi kesimpulannya, adakah masalah ketagihan itu akan selesai? Mungkin ya, mungkin tidak. Meanwhile di Malaysia, kita perlu bersyukur telefon pintar masih dilarang dibawa ke sekolah!

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+