Fortnite versi mobile nampaknya mengaut keuntungan lima kali ganda berbanding PUBG walaupun menerima muat turun hanya separuh dari muat turun mingguan pesaingnya itu.
Kedua permainan sudah diperluaskan kepada konsol dan PC dan peranti pintar menjadi salah satu medium untuk keduanya ditumpukan. Mengikut laporan dikeluarkan Bloomberg (menerusi GamesIndustry.biz), firma Sensor Tower melaporkan Fortnite membawakan USD$92 juta dalam 11 minggu menerusi platform peranti mudah alih. PUBG pula hanya membawa keuntungan USD$19 juta ketika waktu yang sama yang berakhir pada 18 Jun.
Ketika beberapa minggu pertama, PUBG menerima 23.3 juta muat turun dan Fortnite pula 3.4 juta. Fortnite juga tak dilancarkan di Android lagi yang mana PUBG dikeluarkan di kedua-dua sistem operasi. GamesIndustry.biz melaporkan keuntungan diraih dari Amerika Syarikat sebanyak 2/3 sementara di China, mencatatkan angka agak lemah.
PUBG bagaimanapun menerima keuntungan meningkat apabila PUBG Corp. mengumumkan Royale Pass. Sistem loot yang membolehkan pemain menerima kandungan baru seperti juga Fortnite punya Battle Pass.
“Ketika ini, PUBG versi peranti pintar menerima lebih USD$700,000 setiap hari,” kata Nelson.
Sumber: Comicbook