Fortnite: Ninja Adalah Pemain Profesional Pertama Dijadikan Model Cover Majalah ESPN!

Siapa kata streamer tak dapat highlight sama macam pemain profesional e-sukan lain?

Hari ini, Tyler ‘Ninja’ Blevins, streamer Fortnite yang begitu popular di serata dunia dikatakan akan dipaparkan sebagai model cover untuk isu majalah ESPN The Magazine yang diterbitkan setiap dua minggu.

Ninja mengumumkan berita baik itu di Twitter miliknya, pagi tadi, yang mengatakan ini adalah pencapaian yang julung kalinya meletakkan pemain profesional sebagai cover majalah ESPN.

Kalau korang perhatikan imej di bawah, masih belum pasti kalau ia akan dijadikan sebahagian dari cover tapi Ninja berkata full cover akan diumumkan oleh ESPN dalam masa terdekat. 

Tambahan lagi, Ninja juga akan muncul di kaca televisyen untuk rangkaian siaran berita itu dan ditemu ramah oleh wartawan ESPN pada hari ini.

ESPN The Magazine yang diterbitkan sejak 1998 sudah pun memaparkan beberapa pemain industri dalam bidang sukan misalnya termasuk Tiger Woods, Lionel Messi, LeBron James dan ramai lagi.

Pencapaian Ninja berada seiring dengan nama-nama besar ini adalah satu anugerah peribadi kepadanya tapi juga menunjukkan industri gaming dah pun berkembang dengan pesat dan bagaimana ia dimasukkan dalam pop culture.

ESPN bukan baru dalam gaming, mereka mempunyai segmen penuh di laman web didekasikan untuk e-sukan saja, dan juga memeteraikan kolaborasi bersama Blizzard Entertainment untuk menayangkan Overwatch League bagi perlawanan playoffs dan grand final musim pertama.

Sumber: dexerto.com

 

RELATED NEWS

+