Fortnite Pecah Rekod Pemain Serentak Paling Tinggi Dalam Sejarah, Cecah 8.3 Juta

Setelah dilancarkan untuk semua platform tak kira PC, konsol mahupun mobile, Fortnite terus menjadi fenomena Battle Royale sensasi dan terus pecah rekod pemain serentak dalam sejarah game sendiri. Bahkan, rekod Fortnite ini lebih tinggi daripada gabungan pemain serentak untuk kesemua game di Steam. 

Pada bulan Februari, Epic Games umum 3.4 juta pemain serbu Fortnite serentak sehingga game ini tidak mampu menampung populasi pemain begitu ramai sampai tak boleh main selama beberapa hari.

Ketika Fortnite Battle Royale baru dilancarkan di Korea Selatan, jurucakap Epic Games Korea, Sung Chul Park ditemuramah oleh pihak media Korea, Inven dan dedahkan angka sebenar. Kali ini, Epic memberitahu angka terbaru iaitu seramai 8.3 juta pemain Fortnite dalam masa yang sama

Peningkatan mendadak tentu sekali mengalahkan rekod pemain serentak PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang hanya mencatat 800,000 pemain serentak di Steam buat masa kini. Namun, PUBG tetap memegang rekod pemain serentak tertinggi di Steam iaitu seramai 3.2 juta pemain.

Fortnite mampu capai angka tinggi sebaik sahaja tiba di Korea Selatan, negara kelahiran ramai pemain handalan esports. Lebih-lebih lagi, Fortnite masih lagi belum tembus pasaran China dan juga kesemua peranti Android. Tambahan pula, kehadiran cross-play memberi akses kepada semua pemain menikmati Fortnite dalam pelbagai platform. 

Kami tentu akan memerhati nombor pemain serentak Fortnite yang akan meningkat dari semasa ke semasa.

Sumber: VG24/7

RELATED NEWS

+