Akaun Twitter Forza Motorsport mengumumkan perincian bagaimana perkara ini akan memberi kesan kepada mereka yang memiliki permainan ini dan DLC."> Akaun Twitter Forza Motorsport mengumumkan perincian bagaimana perkara ini akan memberi kesan kepada mereka yang memiliki permainan ini dan DLC." /> Akaun Twitter Forza Motorsport mengumumkan perincian bagaimana perkara ini akan memberi kesan kepada mereka yang memiliki permainan ini dan DLC." />

Forza Motorsport 7 tidak lagi dijual selepas September 2021

Forza Motorsport 7 akan dibuang dari senarai kedai digital dan Game Pass, serta dihentikan jualannya bermula 15 September. Akaun Twitter Forza Motorsport mengumumkan perincian bagaimana perkara ini akan memberi kesan kepada mereka yang memiliki permainan ini dan DLC.

Walaupun ini bukanlah langkah asing untuk siri Forza Motorsport, status “End of Life” ini tepat sebelum pelancaran permainan Forza Motorsport kelapan yang diumumkan Julai tahun lepas. Pembangun Turn 10 langkau kitaran biasa mereka untuk mengambil lebih masa untuk langkah inovasi pada francais ini.

Bagi pemain yang miliki permainan ini sebelum 15 September, mereka masih boleh muat turun dan bermain permainan ini, termasuk DLC, serta servis berbilang pemain dan atas talian masih lagi diteruskan.

Jika anda ahli Xbox Game Pass dan membeli DLC Forza Motorsport 7 sebelum pengumuman ini, tetapi masih belum membeli permainan asas, anda akan menerima token permainan ini melalui pusat mesej Xbox. 

Anda akan menerima token pada 2 Ogos dan perlu ditebus sebelum 15 September.

Perlu diingatkan mereka yang hanya bermain Forza Motorsport 7 melalui Game Pass tidak lagi boleh bermain selepas 15 September, termasuk strim secara dalam talian.

Mujur, pihak Microsoft menawarkan diskaun bagi mereka yang mahu membeli salinan permainan.

  • Forza Motorsport 7 Ultimate Edition: $19.99 (~RM84.59)
  • Forza Motorsport 7 Deluxe Edition: $14.99 (~RM63.43)
  • Forza Motorsport 7 Standard Edition: $9.99 (~RM42.27)

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+