“Franco adalah tank terbaik setakat ini,” – RSG Light

Franco menjadi hero yang sering diambil oleh pasukan profesional di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 yang lalu. Hero ini sering menjadi kunci kemenangan setiap pasukan.

Pemain roamer pasukan RSG PH, Light, mengatakan Franco sesuai dimainkan kerana hero ini sangat kuat dan boleh melakukan rotasi dengan cepat.

“Pertama, dia boleh melakukan rotasi dengan cepat di dalam peta hasil dari skill pasif dan item boots yang dipakai. Hero ini juga memiliki potensi pickoff yang bagus dan paling sesuai digandingkan dengan hero burst,” ucap Light.

Light juga berkata Franco sesuai digunakan untuk memperlahankan jungler pasukan lawan mengambil buff kerana ia mampu menggunakan Iron Hook.

“Franco juga sangat hebat dalam mengacau jungler musuh untuk membunuh buff dan ianya sudah menjadi strategi umum. Namun begitu, ia sebenarnya sangat sulit untuk dilakukan di arena kompetitif,” katanya dalam satu temubual.

Walau bagaimanapun, Atlas turut menjadi hero yang perlu diberikan perhatian selain Franco oleh kerana skill Fatal Link yang sangat berbahaya. Namun, pemain berusia 19 tahun ini berkata pemain Franco yang bagus tidak sukar melawan Atlas.

“Jika anda mengalami kesulitan untuk melawan Atlas, maka anda bukan pemain Franco yang bagus,” kata Light.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+