Fredo, Jumper dan iNaoki tidak lagi bersama Yoodo Gank

Yoodo Gank melepaskan tiga pemain mereka, Amal Jasni (iNaoki), Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Izzrudin Hashim (Jumper) daripada barisan utama skuad tersebut hari ini.

Pengumuman itu dibuat sebentar tadi di laman Facebook Yoodo Esports.

Berjuta terima kasih kepada Naoki Gaming, Fredo Sameon dan Din ‘Jumper’ untuk semua usaha semasa player di Yoodo Gank….

Posted by Yoodo Esports on Friday, 8 January 2021

Yoodo juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tiga pemain tersebut dan mendoakan kejayaan mereka pada masa depan.

Sebelum ini, Yoodo Gank pernah mengharumkan nama negara apabila menjuarai kejohanan PMPL SEA Finals dan kemudian memegang rekod Malaysia Book of Records.

Ke mana hala tuju mereka selepas ini?

Foto: Yoodo Esports

RELATED NEWS

+