Free Fire: Abiyek kecewa scrims dijadikan hiburan berbanding latihan

Scrims sepatutnya menjadi medan latihan buat pasukan yang ingin menyerlahkan potensi dan mengekalkan momentum untuk beraksi dalam mana-mana arena kompetitif.

Namun sebaliknya berlaku apabila pengulas dan pencipta kandungan kreatif Free Fire, Abiyek meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pasukan dan pemain yang bermain scrims seperti acuh tak acuh.

“Pemain harus sedar bahawa scrims bukan tempat hiburan konten,” katanya di siaran langsung Tiktok miliknya.

Di samping itu, dia juga sempat menegaskan scrims bukan syarat untuk pasukan bermain tanpa arah tuju dan merusuh sesuka hati. 

“Saya agak kecewa, dalam peperangan pun sempat lagi nak emote,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, dia berharap pemain dan pasukan yang masih bermain di tahap komuniti mahupun yang sudah mencapai kejohanan major supaya tetap bermatlamat tinggi dan disiplin dalam mana-mana perlawanan latihan yang disediakan.

RELATED NEWS

+