diharamkan di India. Walaupun begitu, permainan ini tetap menjadi pilihan pemain ramai. Malah, ia masih menjadi permainan yang paling dimuat turun di seluruh dunia pada bulan Januari lepas."> diharamkan di India. Walaupun begitu, permainan ini tetap menjadi pilihan pemain ramai. Malah, ia masih menjadi permainan yang paling dimuat turun di seluruh dunia pada bulan Januari lepas." /> diharamkan di India. Walaupun begitu, permainan ini tetap menjadi pilihan pemain ramai. Malah, ia masih menjadi permainan yang paling dimuat turun di seluruh dunia pada bulan Januari lepas." />

Free Fire adalah mobile game paling banyak dimuat turun pada Januari

Free Fire serta Free Fire MAX baru-baru ini dilaporkan sudah diharamkan di India. Walaupun begitu, permainan ini tetap menjadi pilihan pemain ramai. Malah, ia masih menjadi permainan yang paling dimuat turun di seluruh dunia pada bulan Januari lepas.

Free Fire memperoleh 24 juta muat turun yang mengagumkan dalam 31 hari, yang mewakili peningkatan 51.6 peratus dari tahun lepas. Kebanyakan muat turun ini datang dari India, yang menyumbang 25.5 peratus daripada jumlah keseluruhan, manakala Brazil di tempat kedua dengan 11.7 peratus.

Kebanyakan pemain dari India masih boleh bermain permainan ini. Tetapi ia tidak tersedia di gedung aplikasi Google Play Store atau Apple App Store. Bagi pengguna Android, ini bukan isu besar kerana mereka boleh memuat turun fail APK daripada stor pihak ketiga dan bermain seperti biasa.

PUBG Mobile pula berada di kedudukan ke-7 di bawah beberapa permainan seperti Roblox dan Candy Crush Saga. Subway Surfers menduduki tempat kedua dengan 23.7 juta muat turun pada bulan Januari.

Sumber rujukan: Sensor Tower

RELATED NEWS

+