Garena baru-baru ini mengumumkan kolaborasi global bersama anime bola sepak terkenal, Blue Lock sekali gus menyatukan peminat Free Fire dan peminat anime itu.
Kolaborasi ini memperkenalkan banyak ganjaran dalam permainan antaranya jersi ikonik bagi karakter kegemaran, Isagi Yoichi dan Nagi Seishiro. Pemain juga boleh mengalami pengalaman menarik Blue Lock dengan mengaktifkan emote Isagi dan Nagi di medan pertarungan.
Pemain juga boleh mendapatkan kostum dari anime itu termasuk bundle Team Z (Isagi) dan Team V (Nagi) atau uniform asas bola sepak.
Anda akan menerima ganjaran berupa item bertemakan Bluee Lock jika anda log masuk dan menyelesaikan misi sepanjang acara berlangsung. Anda boleh memenangi skin senjata dan kenderaan serta banner istimewa.