Free Fire Continental Series Asia catat rekod baharu jumlah penonton serentak

Free Fire Continental Continental Series (FFCS) Asia berakhir pada penghujung bulan November. Jelas sekali kejohanan ini mendapat sambutan meriah daripada peminat Free Fire kerana ia berjaya mencatat lebih daripada 2.5 juta penonton serentak tertinggi.

Rekod baharu dalam sejarah kejohanan e-sukan Free Fire ini dilaporkan oleh Esports Charts. Sebelum ini, rekod jumlah penonton serentak tertinggi dipegang oleh kejohanan Free Fire World Series (FFWS) yang mencatat lebih daripada 2 juta penonton serentak tertinggi.

FFCS Americas pula mencatatkan lebih daripada 1.7 juta penonton serentak tertinggi dan FFCS EMEA mencatatkan hampir 300,000 penonton serentak tertinggi.

Di FFCS, EXP Esports, pasukan dari Thailand, muncul sebagai johan dan membawa pulang AS$80,000 (RM320,000). Satu-satunya pasukan Malaysia yang layak ke Grand Finals kejohanan tersebut iaitu Geek Fam mencapai tempat ketujuh.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+