Free Fire: “Kami tidak mencari kelemahan, sebaiknya fokuskan kelebihan pasukan”- Devora

Pengurus pasukan MC Imbalanced menegaskan pasukannya miliki kelebihan tersendiri selepas memenangi kejohanan wanita pertama region MCPS (Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka), Femme Fatale.

“Kami adalah satu-satunya pasukan wanita dari Filipina yang bersaing dengan 11 pasukan Malaysia yang lain,” tegasnya.

Meskipun tidak memperoleh sebarang Booyah pada keempat-empat pusingan yang dimainkan tetapi keunggulan pasukannya yang seharusnya diberikan kredit atas pencapaian ini.

“Kami mempunyai jadual harian yang fleksibel kerana kami (pemain) mempunyai enam pemain,” tambahnya lagi.

Di samping itu, jadual harian seperti scrims dan latihan yang disifatkan antara kaedah yang berkesan kerana mampu membina keserasian yang mantap.

Salah satu pemainnya, Kylle Alessandra Lustado (AZIA) berpendapat pasukan Fly 7SEA dari Malaysia adalah pesaing terdekat kami kerana kami sering berjumpa di kejohanan mini.

“Kami berharap divisi wanita akan diteruskan lagi pada masa akan datang, kerana banyak bakat yang seiring dengan kejohanan major perlu diketengahkan,” kata Devora.

Berikut adalah senarai pemain MC Imbalanced (PH):

Jesie Ree Angel Bajao (AOMI)
Kylle Alessandra Lustado (AZIA)
Glydemier Polloso (WHIZ)
Rhoanne Llena Claveria (RHOZ)
Chloe Ann Enriquez (NABI)
Rocelle De Jose (BELL)

RELATED NEWS

+