Free Fire: NEWB kembali ke pangkuan SEM9, bentuk pasukan berwajah baru

Bagai sirih pulang ke gagang, begitulah yang boleh diungkapkan dengan kepulangan bekas pemain profesional Free Fire SEM9, Muhammad Azman Buyung atau lebih dikenali sebagai NEWB.

Pada semalam, organisasi e-sukan tempatan SEM9 mengesahkan perkara itu melalui sebuah hantaran di Instagram rasmi pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by SEM9 (@sem9.gg)

“Mari kita ucapkan selamat datang kepada muka yang tidak asing lagi, SEM9.NEWB ke pasukan Garena Free Fire,” petik kenyataan diumumkan SEM9.

Kehadiran NEWB ke dalam pasukan lebih kepada langkah strategik pasukan bagi menghadapi Kejohanan ESL Snapdragon Free Fire  Challenge Season. SEM9 dijemput ke pertandingan itu seterusnya membuka peluang bagi pasukan keempat dari Malaysia yang akan berentap di Jakarta, Februari depan.

Dia akan memegang posisi In-game leader kedua dan Rusher bagi mengisi kekosongan Orenn yang meninggalkan pasukan pada musim lepas.

RELATED NEWS

+